Muslimin dan Muslimat sekalian, di dalam kehidupan ini kita sentiasa berhadapan dengan pelbagai pilihan yang seringkali membuatkan fikiran kita buntu. Pilihan-pilihan tersebut ada antaranya akan menentukan gaya hidup kita selama 5 atau 10 tahun seterusnya dan semestinya pilihan yang bijak ke arah redho Allah itulah yang kita inginkan.
Seringkali juga kita di berikan pilihan untuk berubah ke arah kebaikan. Tidak kira kesedaran yang bangkit setelah mendengar kuliah, menonton televisyen mahupun ianya datang daripada benak hati kita yang terpukul atas sesuatu perkara. Bergantung dengan kekuatan yang ada pada diri kita untuk memulakan perubahan atau tidak kerana kita sering mengambil kira banyak faktor sekeliling yang mungkin memberikan kesan kepada kita apabila berubah.
Namun yakinlah dengan janji Allah yang senantiasa memberikankebaikan kepada kaum Muslimin atas setiap kebajikan yang ingin kita lakukan di jalanNya.
“Mungkin kita sukai sesuatu perkara itu, namun ia sebenarnya adalah keburukan untuk kita dan mungkin kita benci akan sesuaut itu, tetapi itulah yang terbaik untuk kita. Sedangkan Allah maha mengetahui tetapi kita tidak” Al-Baqarah 2:216
Justru, ayuh sikap yang lebih utama untuk kita tanamkan apabila datang pilihan untuk kita berubah ke arah kebaikan adalah ‘berfikiran positif’ yang kebaikan ini ke arah kecemerlangan ! Bagaikan kita menyahut seruan azan yang berkumandang, “Haiyya ‘alal FALAH !” Ayuh ke arah kejayaan kerana kejayaan yang hakiki adalah membebaskan diri daripada penghambaan kepada dunia dan menuju kelasan rahmat dan kasih sayang Allah.
Tinggalkan komen