Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Minda, hati dan jiwa

Bismillahirrahmanirrahim diucapkan sebagai pembuka kata kepada penulisan ini yang tujuannya adalah semata-mata untuk men’set’kan kompas supaya diri ini tidak sesat di dunia yang fana ini. Semoga ia memberi manfaat juga kepada orang lain. Sekiranya ia membawa kekeliruan, ia adalah khilaf dari diri ini yang daif.

Manusia adalah makhluk yang sangat kompleks. Ia terdiri daripada berjuta- juta sel yang membentuk tisu, organ dan seterusnya sistem tubuh badan. Allah telah meletakkan manusia di kedudukan darjat yang lebih tinggi daripada makhluk lain di atas muka bumi ini kerana manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Dengan akal atau khususnya frontal lobe inilah manusia dapat membezakan antara yang baik dan buruk serta mengubah nasib masa depan mereka.

Walaupun genetik banyak mempengaruhi personaliti seseorang, namun proses tumbesaran terutama persekitaran memainkan peranan yang besar dalam membentuk seseorang insan. Sesungguhnya, pendidikan dan tarbiyah yang betul boleh menghasilkan individu mengikut neraca Islam. Namun, tarbiyah yang diatur oleh Allah adalah yang terbaik dan ia tidak lain untuk menguji keimanan kita, dan Allah tidak menguji melainkan mengikut kemampuan kita.

 Firman Allah SWT: “Demi jiwa (manusia) dan penyempurnaan (kejadiannya). Maka (Allah) mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawa kepada ketakwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya; dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya.” (Surah Asy-Syams, ayat 7-10) 

Hakikatnya, manusia terdiri daripada dua unsur utama iaitu fizikal dan spiritual. Kedua-dua unsur ini saling melengkapi antara satu sama lain dalam menjalankan fungsinya. Jantung manusia secara fizikalnya adalah terdiri daripada sel-sel yang membentuk tisu endocardium yang berfungsi mengepam darah ke seluruh organ dalam badan manakala secara spiritualnya atau rohnya, tidak banyak disebut dalam al Quran namun teori dikemukakan oleh para saintis, pacemakr dari sinoatrial noda yang berfungsi untuk menghantar signal ke seluruh jantung supaya berdegup dengan mengikut rythm. Jika pacemaker ini tidak berfungsi dengan sempurna sama ada oleh sebab coronary arteri disease, hyperthrophy atau heart failure maka jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik ke seluruh badan.

 Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” [Surah Al-Isra’ ayat 85].

Dr Gohar Musytaq menyatakan dalam bukunya “The Intelligent heart, The Pure Heart”
” The heart produces wave of electromagnetic energy. In fact these can be measured using magnetometers from as far as three feet away from the body. When people are in close proximity, their electromagnetic waves interact with each and this interaction can also be measured using sensitive instruments. This means that all the hearts in a given space start to be affected by the waves generated by the strongest heart ( which could be the heart of the leader ) and start to beat with the same rythm ( pulled into entrainment as that of the strongest heart )”

Hadith yang ke-enam daripada buku hadith 40 karangan imam nawawi ada menyebut tentang hati. Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

(Hadith bukhari dan Muslim)

Perkara yang halal dan haram adalah cabang ilmu agama yang penting untuk kita dalami. Tubuh badan manusia ialah apa yang dijadikan daripada tanah, maka komposisinya terdiri daripada zat-zat tanah seperti Carbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Tubuh badan kita memerlukan makanan untuk sihat dan berfungsi dengan baik, begitulah juga roh atau spiritual manusia perlu kepada makananNya. Roh yang sakit perlu diubati dengan zikir, solat dan ayat al-Quran.

 Dalam surah al-Hijr ayat 29, ALLAH berfirman yang bermaksud; “Kemudian apabila AKU sempurnakan kejadiannya (Adam), serta AKU tiupkan padanya roh dari (ciptaan)KU. Maka hendaklah kamu (Iblis) sujud kepadanya.”

Jasad manusia akan hancur dan musnah apabila manusia itu mati tetapi rohnya akan terus hidup di alam yang lain.

Menurut buku karya Dr Gohar Musytaq, The Intelligent heart, The Pure Heart, ada tiga jenis keadaan spiritual atau roh seseorang sepertimana yang dinyatakan dalam al- Quran.
1. Nafsu amarah (12 : 53) – prone to evil
2. Nafsu lawwamah ( 75 : 2 ) – feels conscious of doing evil, resist, repents and tries to amend.
3. Nafsu mutmainnah ( 89 : 27) – self achieves full peace and happiness

Kesimpulannya, berusahalah mendidik hati dan nafsu supaya tidak terkeluar dari sempadan halal haram yang ditetapkan. Sesungguhnya, dunia ini penuh dengan ujian, terutama sewaktu kita sihat dan masa lapang. Orang yang bijak ialah orang melihat apa yang telah dia perbuat untuk hari esok(akhirat).

Bismillahirrahmanirrahim

Bayangkan kehidupan tanpa peraturan..Sudah pasti hidup akan menjadi kucar kacir… Oleh sebab itu, Allah swt Telah menetapkan peraturan-peraturan untuk manusia dan alam sekitar supaya ia mengikut kadarnya yang tersendiri. Inilah dikatakan sunnatullah atau apa yang kita bahasakn Sekarang sains termasuklah teori fizik, kimia atau biologi. Semuanya berlaku dengan Qada’ dan qadarnya yang tersendiri. Dengan teori inilah manusia dapat menciptakan pelbagai teknologi yang canggih seperti Kereta, robot, kapal terbang, serta ubat ubatan Dan bangunan pencakar langit. Lihatlah betapa luasnya ilmu Allah. Walau sebijak mana atau sedalam mana pun pengetahuan manusia kalau nak dibandingkan dengan ilmu Allah ia hanyalah satu titik Air Dari seluruh lautan. Sepertimana firmanNya dalam surah al- kahfi, ayat 109 dan 110.

“Katakanlah: “Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)”

“Katakanlah: “”Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: “”Bahwa sesungguhnya Tuhankamu itu adalah Tuhan Yang Esa””. Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya”” ( 18:109 ~ 18:110 )

Sedar ataupun tidak, konsep yin dan yang dalam falsafah cina juga merupakan konsep yang ada dalam ajaran Islam , di mana dua unsur saling melengkapi antara satu sama lain. Contohnya malam dan siang, langit dan bumi, matahari dan bulan, lelaki dan wanita, dosa dan pahala, syurga dan neraka, malaikat dan syaitan serta positif dan negatif. Bezanya adalah falsafah china adalah peraturan yang dibuat manusia, manakala ajaran Islam adalah dari Tuhan yang menciptakan kita dan seluruh alam ini. Maka sudah pasti ada kepincangan dalam melaksanakan undang2 yang dibuat manusia walau sebaik mana pun ia, cuma ia tidak zahir pada pandangan kita. Tetapi peraturan ini perlu supaya hidup ini berjalan lancar.

Dan Dia telah menurunkan dari langit air maka Kami keluarkan dengannya berpasang-pasangan dari tumbuh-tumbuhan yang beraneka ragam (warna dan rasa) ( Thaahaa : 53 )

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin 36:36]

Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingati kebesaran Allah.    (Az-Zaariyaat : 49)

Walaupun ada pertentangan antara ilmu manusia dan ilmu dari kalam Allah, ilmu Allah sentiasa benar. Terdapat juga teori yang berlaku di luar jangkaan yang Kita istilahkan sebagai ajaib atau miracle. Ia seperti mana berlaku kepada para Rasul yang dikurniakan mukjizat tertentu. Malah alquran yang dibawa oleh Rasulullah yang merupakan kalam Allah adalah mukjizat teragung yang boleh Kita nampak. Sehingga kini Ayat-ayat dalam al-Quran dikaji Dan penemuaannya sungguh memukau seperti mana dinyatakan Seorang saintis dr al qadhi dalam sebuah article bertajuk ‘ kesan bacaan al-Quran kepada saraf otak Dan tubuh badan manusia ‘

Lihatlah betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada Kita. Ia menggambarkan sifat arRahman Allah kepada seluruh umat manusia tidak Kira Islam atau pun tidak. Sebagai penutup, hayati satu quote Dari saidina Ali ‘ The world is darkness, knowledge is light but knowledge without truth is a mere shadow’ .

Me & You

Sukar untuk ku ungkapkan dengan kata-kata..
Lidah kelu bila bersemuka..
Ini luahan dari hati..
Adakah kau mengerti..
Ikhlas dari hati.

Disaat ku mencari teman sejati..
Kau hadir dalam hidup mengisi ruangan hati..
Semoga mekar hubungan antara kita….
Menempuh suka dan duka..
Memegang erat bila badai menimpa..
Mengecapi bahagia bersama-sama..
Walaupun berjauhan, dalam hati sentiasa ada…
Cinta kekal hingga ke syurga.

Semoga Allah sentiasa merahmati…
Hubungan cinta sejati…
Mencari redha Ilahi..
Bersemi sehidup semati…
Saling menghormati dan mengasihi…
Juga saling menyayangi…
Semoga cinta kekal abadi.

Masih jauh perjalanan merentas masa..
Masa depan yang tak dapat ku duga..
Walau cubaan datang melanda..
Ku harap dapat menempuhnya..
Kau tetap ada jua..
Disisiku selamanya.

From the bottom of my heart

Bismillahirrahmanirrahim

Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan saya tentang isu akidah Islam. Ini merupakan hasil daripada bacaan buku agama dan penglibatan dalam usrah yang hanya setahun jagung. Mungkin ada kesilapan dalam mentafsir dengan ilmu saya yang cetek ini. Segala teguran saya terima dengan terbuka.

Sebagai seorang muslim, ilmu mengenal Allah iaitu Tuhan pemilik sekalian alam beserta isinya merupakan perkara basic dan paling penting yang perlu kita tahu. Semasa di alam barzakh, kita akan ditanya siapakah tuhan mu. Walaupun solat 5 waktu sehari membezakan kita dengan orang kafir namun adakah kita benar- benar meletakkan Allah pada tempat yang sepatutnya? Orang yang betul-betul beriman dan mengenal Allah akan merasakan ketaqwaan dan kerendahan hati kerana adanya kesedaran bahawa Allah adalah zat yang paling berkuasa dan kita sebagai hamba Allah perlu tunduk dan patuh dengan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Kita perlu redha dengan Allah sebagai Tuhan kita, maka Allah akan redha dengan kita.

Saya masih ingat lagi pendidikan awal tentang agama yang saya dapat masa tadika dan sekolah rendah berkenaan ‘sifat 20’ dan asmaul husna yang diperlagukan dengan begitu indah, hakikatnya inilah sebenarnya teras atau tunjang keimanan kita. Sekiranya ia rapuh atau goyah maka bila-bila sahaja ia akan musnah atau tumbang dek badai yang melanda. Apa yang saya maksudkan di sini ialah, jika pegangan/ belief kita tidak kuat, maka iman kita kita pasti tergugat. Oleh itu, kita perlulah berusaha mencari ilmu supaya akidah kita lebih mantap.

Memang lumrah manusia ingin mencari kebenaran yang hakiki, ini menyebabkan manusia sentiasa berfikir dan menimbang setiap maklumat yang sampai kepadanya sama ada betul atau tidak. Maka, dia akan berusaha untuk mencari untuk membuktikan kebenaran. Sikap proaktif ini memang bagus. Namun yang sedihnya, walaupun kebenaran sudah di depan mata janganlah pula kita masih berdalih dan mencari yang salah. Inilah golongan orientalis yang tidak percaya adanya kuasa besar yang wujud mentadbir alam ini iaitu Allah Yang Maha Esa. Mereka lari dari kebenaran malah cuba untuk mengelirukan umat islam dengan idealogi mereka. MasyaAllah, kajian sains telah banyak membuktikan kebenaran al-quran dan ramai ahli saintis telah memeluk islam setelah menyaksikannya sendiri kebesaran ciptaan Allah.

Pada pendapat saya, atas dasar inilah kesaksian kalimah syahadah yang kita ucapkan dalam solat boleh disandarkan. Selain itu, pengetahuan tentang sirah Rasullullah juga intipati penting dalam kesaksian kalimah syahadah ‘ lailahaillallah, muhammadu rasulullah’. Kita tidak boleh sekadar mengucap dua kalimah syadah tanpa ilmu yang menjadi dasar kepercayaan akidah kita. Sepertimana kata imam ghazali ‘ ilmu tanpa amal adalah gila dan amalan tanpa ilmu adalah sia-sia’. Sebab itulah learning is a lifelong process. Kita perlulah berusaha untuk sentiasa membaiki diri kerana Allah melihat pada usaha bukan pada hasilnya. Dengan membaiki diri, semoga kita boleh memberi contoh teladan dan membahagiakan orang di sekeliling kita atau dalam bahasa Arabnya ‘soleh wa muslih’/ ‘ menjadi soleh dan menyolehkan orang lain’.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa bermuhajadah. Amin.

Ukuran kebahagiaan hidup

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan segala nikmat kurniaanNya yang tak terkira banyaknya, kita dapat hidup dengan nikmat iman dan islam yang mana tanpa taufiq hidayah dariNya kita mungkin sudah tersesat.

Sejak beberapa hari yang lalu saya merasa kekosongan dalam jiwa walaupun hati sentiasa berpaut dengan solat dan zikir. Kalau nak dikira atau dibandingkan kehidupan saya dengan orang lain diluar sana barangkali berpuluh-puluh kali jauh lebih baik daripada orang lain.

Apa tidaknya, kedua ibu bapaku masih disisi menjagaku tidak seperti anak yatim piatu yang hidup sebatang kara.
Aku juga mempunyai simpanan wang yang banyak tanpa sebarang hutang tidak seperti orang yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang atau lebih malang lagi si pengemis.
Aku juga dikelilingi orang yang bak-baik yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat tidak seperti penjenayah, si penagih dadah atau samseng jalanan yang sentiasa dicaci kerana hidup tidak berperikemanusiaan.
Aku juga diciptakan oleh Allah cukup sifat tanpa cacat cela, tidak seperti hamba Allah yang dijadikan buta, kudung atau berpenyakit.

Saya cuba mencari jawapan kepada persoalan kekosongan jiwa itu. Oleh itu, saya cuba merefleksi diri sendiri dan juga melihat dalam sebuah buku yang bertajuk ” la tahzan ” @ ” jangan bersedih” karya dr aidh al-qarni.
Saya terjumpa satu keratan muka surat yang membahaskan tentang tanda-tanda orang yang bahagia. Menurut buku tersebut, ukuran kebahagiaan seseorang muslim bukanlah terletak pada apa yang ada pada diri seseorang zahirnya tetapi haruslah diukur mengikut neraca islam. orang yang kita lihat bahagia pada zahirnya belum tentu lagi bahagia dalam jiwanya. Ukuran kebahagian adalah bersifat subjektif. Orang kaya yang mempunyai kereta mewah, rumah besar, baju berjenama, hidup senang lenang bersuka ria mungkin merasakan dirinya bahagia dan mungkin juga tidak. Walau apapun kondisi seseorang, kita haruslah meletakkan ukuran kebahagiaan menurut pandangan Allah kerana Dialah yang menciptakan kita dan kepadaNya lah kita akan kembali.

Menurut penulisan dalam buku la tahzan karya dr aidh al qarni, seseorang yang bahagia dan berjaya dalam hidup ini dapat diketahui menerusi beberapa tanda.

1. Apabila amalannya semakin banyak, dia semakin berhati-hati dalam beramal kerana khawatir kalau-kalau kakinya tergelincir kepada dosa,bimbang ucapannya terpesong sehingga mencerminkan dirinya sombong atau ucapannya itu menggangu orang lain.

2. jika ilmunya semakin banyak maka ia semakin tawaduk dalam hidup ibarat sebuah permata yang semakin berat timbangannya dan semakin bagus bentuknya akan semakin menjauh dari permukaan laut.ia semkin sedar bahawa ilmu adalh suatu anugerah dari Allah dan dengan anugerah itu Allah mengujinya

3. Semakin bertambah hartanya, semakin dia dermawan dan bermurah hati kepada orang lain. Ia semakin sedar bahawa harta hanyalah titipan dari Allah dan ujian dariNya. Suatu saat nanti harta itu diminta pertanggungjawaban dari Yang Kuasa.

4. Semakin bertambah kedudukan sosialnya, semakin dekat dengan orang- orang lain dan semakin serius ia memperhatikan kehidupan orang disekitar. Ia semakin ramah, rendah hati terhadap mereka.

Manakala ciri- ciri orang yang sengsara adalah sebaliknya, mereka digambarkan seperti di bawah ini

1. Ketika ilmunya semakin bertambah semakin bertambah pula kesombongan dan kesesatannya sehingga ilmunya menjadi tidak bermanfaat, hatinya menjadi keras, tabiatnya menjadi kasar dan wataknya menjadi jahat.

2. Ketia amalnya semakin bertambah, maka ia akan semakin congkak, merendahkan orang lain dan selalu bersangka baik pada dirinya sendiri. Ia kerasa kalau hanya dirinya saja yang selamat sedangkan orang lain selainnya gagal

3. Ketika usianya bertambah, ia semakin rakus sehingga sibuk menikmati kehidupannya sendiri tanpa peduli dengan orang lain. Hatinya tak tergerak sedikit pun oleh berbagai bencana yang terjadi.

4. Ketika kedudukan sosialnya semakin bertambah, ia semakin tidak mahu tahu dengan orang- orang sekitarnya bahkan semakin sombong dan bongkak terhadap mereka.

Sekian, selamat beramal !

Semangat berjuang!

Kisah Talut dan Jalut

 

Dikisahkan bahawa Kaum Bani Israel telah diserang oleh musuh mereka yang dipimpin oleh seorang raja yang bernama Jalut. Jalut merupakan seorang raja yang sangat zalim. Kaum Bani Israel telah diserang, harta mereka dirampas dan mereka telah diusir dari kampung halaman mereka.Lalu, Bani Israel meminta kepada Nabi Samuel agar mencarikan mereka seorang raja untuk memimpin mereka melawan Jalut dan bala tenteranya.

 

“Angkatlah seorang raja untuk kami, niscaya kami berperang di jalan Allah”, kata mereka.

“Jangan-jangan jika diwajibkan atasmu berperang, kamu tidak akan berperang juga”, balas nabi mereka.

“Mengapa kami tidak akan berperang di jalan Allah, sedangkan kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dipisahkan dari anak-anak kami”, jawab mereka.

 

Namun, ketika perang itu diwajibkan atas mereka, mereka berpaling, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Ternyatalah anggapan nabi mereka tersebut.Kemudian, nabi mereka menyatakan bahawa Allah telah mengangkat Talut menjadi raja mereka.Keputusan itu telah dibangkang sepenuhnya oleh mereka. Talut adalah seorang pemuda miskin yang tinggal di sebuah desa di negeri itu. Badannya kuat ,tinggi dan gagah. Matanya tajam, fikirannya pun luas dan bernas. Hatinya suci dan budinya luhur.Pekerjaannya bertani dan berternak.

 

“Bagaimana Talut memperoleh kerajaan atas kami, sedangkan kami lebih berhak atas kerajaan itu daripadanya, dan dia tidak diberi kekayaan yang banyak?”, soal mereka.

“Allah telah memilihnya menjadi raja kamu dan memberikan kelebihan ilmu dan fizikal. Allah memberikan kerajaan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki dan Allah Mahaluas, MahaMengetahui”, jawab nabi mereka.

Ketika Talut membawa bala tenteranya untuk menentang tentera Jalut, dia berkata, “Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barang siapa meminum airnya, dia bukanlah pengikutku. Dan barang siapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali menciduk seciduk dengan tangan”.

 

Namun, apakan daya. Nafsu mereka mengatasi segalanya. Ramai dari tentera Talut ingkar arahan tersebut. Gugurlah mereka dari menyertai tentera Talut. Hanya sebilangan kecil dari mereka yang menurut perintah ketua mereka itu. Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan. Semasa Talut dan orang-orang yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka berkata,

 

“Kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya”.

Namun, bagi mereka yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah pula berkata,

“Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar”.

 

Maka, semakin berkuranglah tentera Talut yang terus berjuang. Mereka berjaya melepasi ujian-ujian Allah. Mereka sangat kuat dan bersemangat. Mereka tidak seperti orang-orang yang luntur iman mereka, yang telah tertapis keluar sebelum sempat berhadapan dengan bala tentera Jalut.Dan ketika mereka maju melawan Jalut dan tenteranya, mereka berdoa,

 

“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir”.

 

Maka dengan izin Allah, mereka berjaya menewaskan Jalut dan bala tenteranya. Walaupun dengan bilangan yang kecil, namun dengan iman yang kuat, semangat yang tidak pernah luntur dan yakinnya akan pertolongan Allah mereka berjaya memenangi peperangan itu.

Teruskan pembacaan »

Putus asa. Dua perkataan pendek yang digandingkan bersama, menjadi suatu frasa yang membawa makna kekecewaan. Pernahkah anda berputus asa?

Berputus asa merupakan sesuatu yang dilarang dalam Islam. Saya nukilkan satu situasi sebagai contoh, X-san telah berusaha bersungguh-sungguh dalam shiken (peperiksaan), tetapi dia telah gagal. Lalu dia berputus asa dan tidak mahu terus berusaha. Sedangkan peluang untuk lulus itu masih ada. X-san menganggap bahawa kalaupun dia terus belajar, dia tetap akan gagal dan tidak akan berjaya. Itulah salah satu contoh orang yang berputus asa.

Berputus asa biasanya akan membuatkan seseorang itu terus kecewa dan mengambil tindakan di luar kotak pemikirannya. Sebagai contoh, membunuh diri, iaitu salah satu dosa besar di sisi Islam.

Saya pernah terbaca dalam sebuah majalah, metafora si anak gajah. Seekor anak gajah dirantai pada sebatang tiang sejak kecil. Pada awalnya, ia meronta-ronta untuk melepaskan diri. Namun oleh sebab kakinya yang masih kecil dan rantai yang menambatnya begitu kuat, ia gagal melepaskan diri. Setelah beberapa tahun, anak gajah itu membesar sebagai gajah dewasa. Secara logiknya, dengan kakinya yang besar, sekali rentap sahaja sepatutnya ia sudah boleh melepaskan diri. Sayangnya, gajah itu tidak pernah terfikir untuk berbuat begitu kerana pengalamannya gagal ketika kecil membuatkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi. Mengapa?

Penyebab Putus Asa

Sebenarnya, apakah yang menyebabkan kita berputus asa? Salah satunya ialah barangkali kita banyak melakukan dosa dan maksiat. Benar, manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa, tetapi kita sebenarnya boleh memperbaiki diri dan berikhtiar meninggalkan dosa dan maksiat tersebut. Salah satu caranya ialah dengan beristighfar. Malah Nabi Muhammad s.a.w yang maksum, iaitu terpelihara daripada melakukan dosa dan kemaksiatan juga beristighfar. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa ini yang sering terdedah dengan dosa dan maksiat, perlunya kepada istighfar dan keampunan Allah s.w.t.

Seterusnya, rasa ingin berpututs asa juga berkait rapat dengan pemakanan kita. Mungkin makanan yang kita ambil selama ini daripada sumber yang haram atau syubhah. Makanan yang kita ambil itulah yang menjadi darah daging.

Bersendirian juga menjadi penyebab kita berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t. Apabila kita bersendirian, kita mudah didekati oleh syaitan. Nabi Muhammad pernah berkata:

Rahmat Allah itu berada dalam jemaah.

Apabila kita berada dalam jemaah, kita lebih mudah mendapatkan nasihat daripada orang yang berilmu dan alim. Dalam satu hadis sahih, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Ad-din adalah nasihat.

Selain itu, tiada matlamat dalam diri menjadikan kita mudah berputus asa. Apakah sebenarnya tujuan kita diciptakan dan apakah tujuan hidup kita di muka bumi ini? Allah s.w.t berfirman dalam surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud:

Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepada-Ku.

Sebetulnya, sebagai hamba-Nya, kita harus meletakkan matlamat yang jelas iaitu mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Maka, matlamat hidup kita bukanlah di dunia sahaja bahkan, mencapai kebahagiaan di akhirat juga harus menjadi salah satu matlamat hidup kita. Apabila bertanyakan tentang matlamat seseorang, jawapannya adalah berputar pada cita-cita contohnya mahu menjadi doktor, jurutera dan sebagainya. Seharusnya kita memikirkan juga matlamat untuk mencapai kebahagiaan di akhirat kelak.

Katakan Tak Nak! Pada Putus Asa

Kita tidak mahu berputus asa, namun ketika itu jugalah syaitan menguasai diri dan emosi mula memberontak.

Pada ketika itu, bertawakallah kepada Allah s.w.t. Islam merupakan agama yang indah, kerana setelah kita berusaha, perlunya kepada tawakkal yakni menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang menentukan segala sesuatu. Atau dalam erti kata lain, kita perlu bersiap sedia untuk menerima qada’ dan qadar-Nya dengan reda. Di sinilah pentingnya sifat sabar dalam diri ketika menerima segala yang telah ditentukan-Nya, kepada diri, keluarga dan kehidupan. Ingatlah firman Allah s.w.t dalam Surah At-Talaq ayat 7 yang bermaksud:

Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan.

Kedua, bersangka baiklah terhadap Allah. Musibah yang kita hadapi seringkali membuatkan kita berprasangka buruk terhadap Allah, padahal itu mungkin suatu ujian untuk menguji keimanan kita kepada-Nya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Allah s.w.t berfirman, ‘Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku.’

Rasulullah s.a.w bersabda, maksud hadis riwayat Muslim:

Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah.

Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan ataupun rasa takut mengatasi rasa harap. Seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah:

Apabila melakukan sebarang ibadah, dia akan bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran pahala.
Apabila berdoa, dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan doanya.
Apabila dia berdosa, segera bertaubat dan bersangka bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.
Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.
Selain itu, haruslah kita bertafakur iaitu merenung setiap apa yang terjadi. Apabila Allah memberi nikmat, adakalanya kita lupa untuk bersyukur kepada-Nya. Sebaiknya kita sentiasa merenung kelemahan diri kita, adakah kita sentiasa mengingati Allah ketika senang dan susah? Tepuk dada, tanyalah iman.

La Tahzan

La tahzan. Janganlah bersedih saat kita ditimpa ujian atau musibah. Jadikanlah ia sebagai suatu proses pentarbiyahan. Kita didik diri kita supaya tidak mudah berputus asa, teguh pendirian serta kuat semangat dalam mengharungi cabaran dunia yang fana ini. Bukankah Allah s.w.t sentiasa bersama-sama orang yang bertaqwa?

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

[94:5-8]

Kehidupan

Muslimin dan Muslimat sekalian, di dalam kehidupan ini kita sentiasa berhadapan dengan pelbagai pilihan yang seringkali membuatkan fikiran kita buntu. Pilihan-pilihan tersebut ada antaranya akan menentukan gaya hidup kita selama 5 atau 10 tahun seterusnya dan semestinya pilihan yang bijak ke arah redho Allah itulah yang kita inginkan.

Seringkali juga kita di berikan pilihan untuk berubah ke arah kebaikan. Tidak kira kesedaran yang bangkit setelah mendengar kuliah, menonton televisyen mahupun ianya datang daripada benak hati kita yang terpukul atas sesuatu perkara. Bergantung dengan kekuatan yang ada pada diri kita untuk memulakan perubahan atau tidak kerana kita sering mengambil kira banyak faktor sekeliling yang mungkin memberikan kesan kepada kita apabila berubah.

Namun yakinlah dengan janji Allah yang senantiasa memberikankebaikan kepada kaum Muslimin atas setiap kebajikan yang ingin kita lakukan di jalanNya.

“Mungkin kita sukai sesuatu perkara itu, namun ia sebenarnya adalah keburukan untuk kita dan mungkin kita benci akan sesuaut itu, tetapi itulah yang terbaik untuk kita. Sedangkan Allah maha mengetahui tetapi kita tidak” Al-Baqarah 2:216

Justru, ayuh sikap yang lebih utama untuk kita tanamkan apabila datang pilihan untuk kita berubah ke arah kebaikan adalah ‘berfikiran positif’ yang kebaikan ini ke arah kecemerlangan ! Bagaikan kita menyahut seruan azan yang berkumandang, “Haiyya ‘alal FALAH !” Ayuh ke arah kejayaan kerana kejayaan yang hakiki adalah membebaskan diri daripada penghambaan kepada dunia dan menuju kelasan rahmat dan kasih sayang Allah.

Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Entry kali ini ingin saya kongsikan pengalaman hidup saya belajar di bumi Ireland sepanjang dua tahun setengah yang lalu. Kalau nak dihitung, tempoh dua tahun setengah itu hanyalah singkat kalau hendak dibandingkan dengan usia hidupku selama 22 tahun. Kira-kira hanya satu per sepuluh!Namun,ia memberikan pengalaman yang amat bermakna dan tidak ternilai harganya yang tidak mungkin akan dilupakan sepanjang hidupku. Berbagai-bagai kisah suka dan duka,pahit dan manis tersimpan. Sukar hendak diceritakan satu persatu, namun yang pastinya ia  membentuk diriku seperti diriku sekarang dan yang pastinya semua itu telah termaktub dalam kitab yang nyata Lauh Mahfuz.

Ku bersyukur padaMu ya Allah kerana telah mencampakkan ku di bumi Ireland yang sangat permai dan mendamaikan. Ia menyimpan seribu satu makna dalam hidupku.

Tempoh yang singkat itu telah membersihkan dan memberkati usiaku.Di sinilah aku menemui sinar cahaya Ilahi. Aku dulu bukanlah seorang yang jahat. Aku solat, aku puasa, aku selalu membaca quran dan berzikir. Tapi sebaliknya, aku juga banyak melakukan perbuatan yang tidak disukai Allah. Membuang masa dengan perkara yang tak berfaedah. Sedangkan dunia ini adalah ladang tanaman untuk mendapatkan hasil di akhirat kelak!Apabila dibangkitkan dari kubur, kita akan rasakan betapa singkatnya hidup di dunia ini dan jika hendak dibandingkan dengan akhirat, ia hanya sekerdipan mata. Sedarlah!

“Allah bertanya, `Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi? Mereka menjawab, Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.’ Allah berfirman, `Kalian tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kalian benar-benar mengetahui.”

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” Al-Asr : 1 – 3

Bermulalah lembaran baru hidupku di Dublin, di mana aku rasakan setiap saat yang kulalui hanyalah untuk Tuhan yang menciptakanku. Makan, belajar, berukhuwah, tidur dan rehat pun adalah lillahi ta’ala. Semuanya menjadi ibadah. Ia memberikanku satu kepuasan yang sukar untuk digambarkan.

” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.’

Dulu, aku makan mengikut seleraku. Kini, aku makan apabila lapar untuk memberikanku tenaga supaya boleh beribadat.

Dulu, aku belajar supaya dapat keputusan cemerlang demi kepuasan diri. Kini, aku belajar untuk meningkatkan martabat Islam.

Dulu, aku bergurau-senda dengan rakan-rakanku untuk menghiburkan diri.Kini, aku berbual mesra dengan mereka untuk merapatkan ukhuwwah.

Dulu, aku tidur berjam-jam lamanya sepuas hati. Kini, aku tidur untuk mengembalikan tenaga untuk bangun beribadat .

Perbuatan yang sama, tapi yang membezakan hanyalah niat. Kadang-kadang, niat kita boleh terpesong disebabkan terlalu mengikut hawa nafsu. Maka, kita hendaklah sentiasa muhasabah diri dan memperbarui niat supaya setiap perkara yang kita lakukan tidaklah sia-sia.

“Bimbinglah aku ya Allah supaya sentiasa berada di jalan yang lurus dan jangnlah kiranya Kau pesongkan imanku setelah Engkau berikanku petunjuk.”

Muqaddimah

Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ini adalah entry pertama saya.Oleh itu, sebagai pengenalan kepada blog ini, ingin saya suarakan tujuan saya menulis dan mengadakan blog ini. Sebenarnya saya sudah lama berniat untuk menulis tetapi disebabkan ia memerlukan komitmen yang agak tinggi dan saya pula mempunyai kekangan masa, maka saya tangguhkan niat saya itu sehinggalah ke hari ini.

Saya memerhatikan semakin ramai rakan-rakan seperjuangan yang menyuarakan pendapat serta berkongsi pengalaman dan ilmu melalui blog-blog. Saya amat terharu dan berbesar hati melihat perkembangan ini dan memberikan motivasi untuk saya melibatkan diri dalam penulisan blog juga.
Sememangnya , penulisan blog yang berilmiah dan yang memberikan pengajaran dapat mewujudkan bi’ah solehah di mana ia memupuk pemuda-pemudi kini untuk meluaskan lagi pengetahuan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah ibadah, akhlak, isu semasa, politik, pendidikan dan sosial. Saya amat kagum dengan perkembangan sihat ini.
Perlulah kita ingat bahawa salah satu daripada tiga faktor kemunduran umat islam pada hari ini sepertimana dinyatakan sendiri oleh Jeneral Yahudi , Moche Dayan ialah disebabkan malas membaca atau kurang mendalami ilmu. Dua factor lagi yang tidak kurang sama pentingnya ialah tiada perancangan/strategi dan tidak mengkaji sejarah islam dahulu. Bukan salah orang Yahudi, Amerika atau orang Cina yang menyebabkan kemelut yang melanda umat islam pada hari ini. Tetapi yang perlu disalahkan adalah umat islam sendiri sepertimana Allah berfirman dalam surah ar-Ra’d:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (ar-Ra’d: 11)


Setiap seorang daripada kita memainkan peranan yang sangat penting dalam membina generasi islam pada masa akan datang . Untuk menaikkan semula sistem khilafah islam, ia bermula dengan pembentukan individu muslim. Ia adalah sepertimana yang digariskan oleh mujadid Islam dari Mesir, Hasan al-Bana melalui ideanya yang bernas ‘Maratib Amal’. Untuk lebih memberikan kefahaman, ingin saya berkongsi satu analogi yang sangat menarik bagi saya iaitu Individu muslim adalah ibarat bata pada sebuah rumah. Untuk membina sebuah rumah yang teguh dan kukuh, ia memerlukan batu-bata yang berkualiti yang tidak mudah retak dan pecah. Begitulah juga untuk mengembalikan kegemilangan tamadun islam seperti Tamadun Abasiyah suatu ketika dulu, ia bermula dengan pembinaan rijal-rijal yang mantap seperti sahabat-sahabat Rasulullah: Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin al-Khatab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Bilal bin Rabah, Sumaiyah, Khabbab, Khaulah, Ummu Sulaim dan lain-lain.
Kita ingin menjadi seperti mereka serta melahirkan generasi yang sama mantapnya dengan sahabat-sahabat Rasulullah.Walaupun jauh panggang dari api, namun Allah melihat pada usaha kita. Semoga daripada berkat usaha kita, Allah memberikan kita ganjaran syurga kelak.
Namun, untuk membina batu-bata yang berkualiti ini, ia memerlukan acuan yang betul , bahan-bahan bermutu seperti pasir dan simen yang dicampur mengikut sukatan yang betul serta melalui proses pembakaran yang rapi pada suhu yang optimum. Begitulah juga dalam pembinaan seorang individu muslim, ia perlulah mengikut acuan Islam( sibghah Allah) serta melalui ujian-ujian yang pastinya akan menguji iman. Ia bukanlah satu proses yang mudah dan berhasil dalam sekelip mata. Ia menagih pengorbanan jiwa, harta dan tenaga yang kadang-kadang membuatkan kita tersungkur. Bukan senang, tapi kita perlu kuat dan bangkit semula!

“Sibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya dari sibghah Allah dan hanya kepadaNyalah Kami menyembah.” Al-Baqarah: 178

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” Al-Ankabut: 1-3

Oleh itu,sebagai langkah untuk mempersiapkan diri menjadi seorang muslim yang sejati, marilah kita memperkayakan ilmu pengetahuan kita dalam pelbnagai aspek bertepatan dengan seruan Allah dan saranan Rasulullah dalam hadisnya:

“Allah meninggikan baeberapa derajat (tingkatan) orang-orang yang berirman diantara kamu dan orang-orang yang berilmu (diberi ilmupengetahuan).dan ALLAH maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.al-Mujadalah:11
“Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Malah, ingatlah rakan-rakan bahawa ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain adalah salah satu daripada tiga perkara yang tidak akan terputus amalnya walaupun selepas kematiannya di samping doa anak-anak terhadap ibu-bapanya serta sedekah amal jariah.
Jom fastabikhul khairat =)