Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘kemunduran islam’

Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ini adalah entry pertama saya.Oleh itu, sebagai pengenalan kepada blog ini, ingin saya suarakan tujuan saya menulis dan mengadakan blog ini. Sebenarnya saya sudah lama berniat untuk menulis tetapi disebabkan ia memerlukan komitmen yang agak tinggi dan saya pula mempunyai kekangan masa, maka saya tangguhkan niat saya itu sehinggalah ke hari ini.

Saya memerhatikan semakin ramai rakan-rakan seperjuangan yang menyuarakan pendapat serta berkongsi pengalaman dan ilmu melalui blog-blog. Saya amat terharu dan berbesar hati melihat perkembangan ini dan memberikan motivasi untuk saya melibatkan diri dalam penulisan blog juga.
Sememangnya , penulisan blog yang berilmiah dan yang memberikan pengajaran dapat mewujudkan bi’ah solehah di mana ia memupuk pemuda-pemudi kini untuk meluaskan lagi pengetahuan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah ibadah, akhlak, isu semasa, politik, pendidikan dan sosial. Saya amat kagum dengan perkembangan sihat ini.
Perlulah kita ingat bahawa salah satu daripada tiga faktor kemunduran umat islam pada hari ini sepertimana dinyatakan sendiri oleh Jeneral Yahudi , Moche Dayan ialah disebabkan malas membaca atau kurang mendalami ilmu. Dua factor lagi yang tidak kurang sama pentingnya ialah tiada perancangan/strategi dan tidak mengkaji sejarah islam dahulu. Bukan salah orang Yahudi, Amerika atau orang Cina yang menyebabkan kemelut yang melanda umat islam pada hari ini. Tetapi yang perlu disalahkan adalah umat islam sendiri sepertimana Allah berfirman dalam surah ar-Ra’d:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (ar-Ra’d: 11)


Setiap seorang daripada kita memainkan peranan yang sangat penting dalam membina generasi islam pada masa akan datang . Untuk menaikkan semula sistem khilafah islam, ia bermula dengan pembentukan individu muslim. Ia adalah sepertimana yang digariskan oleh mujadid Islam dari Mesir, Hasan al-Bana melalui ideanya yang bernas ‘Maratib Amal’. Untuk lebih memberikan kefahaman, ingin saya berkongsi satu analogi yang sangat menarik bagi saya iaitu Individu muslim adalah ibarat bata pada sebuah rumah. Untuk membina sebuah rumah yang teguh dan kukuh, ia memerlukan batu-bata yang berkualiti yang tidak mudah retak dan pecah. Begitulah juga untuk mengembalikan kegemilangan tamadun islam seperti Tamadun Abasiyah suatu ketika dulu, ia bermula dengan pembinaan rijal-rijal yang mantap seperti sahabat-sahabat Rasulullah: Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin al-Khatab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Bilal bin Rabah, Sumaiyah, Khabbab, Khaulah, Ummu Sulaim dan lain-lain.
Kita ingin menjadi seperti mereka serta melahirkan generasi yang sama mantapnya dengan sahabat-sahabat Rasulullah.Walaupun jauh panggang dari api, namun Allah melihat pada usaha kita. Semoga daripada berkat usaha kita, Allah memberikan kita ganjaran syurga kelak.
Namun, untuk membina batu-bata yang berkualiti ini, ia memerlukan acuan yang betul , bahan-bahan bermutu seperti pasir dan simen yang dicampur mengikut sukatan yang betul serta melalui proses pembakaran yang rapi pada suhu yang optimum. Begitulah juga dalam pembinaan seorang individu muslim, ia perlulah mengikut acuan Islam( sibghah Allah) serta melalui ujian-ujian yang pastinya akan menguji iman. Ia bukanlah satu proses yang mudah dan berhasil dalam sekelip mata. Ia menagih pengorbanan jiwa, harta dan tenaga yang kadang-kadang membuatkan kita tersungkur. Bukan senang, tapi kita perlu kuat dan bangkit semula!

“Sibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya dari sibghah Allah dan hanya kepadaNyalah Kami menyembah.” Al-Baqarah: 178

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” Al-Ankabut: 1-3

Oleh itu,sebagai langkah untuk mempersiapkan diri menjadi seorang muslim yang sejati, marilah kita memperkayakan ilmu pengetahuan kita dalam pelbnagai aspek bertepatan dengan seruan Allah dan saranan Rasulullah dalam hadisnya:

“Allah meninggikan baeberapa derajat (tingkatan) orang-orang yang berirman diantara kamu dan orang-orang yang berilmu (diberi ilmupengetahuan).dan ALLAH maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.al-Mujadalah:11
“Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Malah, ingatlah rakan-rakan bahawa ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain adalah salah satu daripada tiga perkara yang tidak akan terputus amalnya walaupun selepas kematiannya di samping doa anak-anak terhadap ibu-bapanya serta sedekah amal jariah.
Jom fastabikhul khairat =)

Read Full Post »